Saturday 14 February 2015

``Vitalea for Kids ~~


Vitalea for kids multivitamin untuk anak-anak macam vitalea dewasa juga.. sejenis multivitamin tapi khas untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun. Eh...budak besar pun nak kunyah??hihii...xsalah pun cuma xlengkap nutrisinya untuk dewasa ya...



Vitalea untuk kanak-kanak memberikan

1. 2500 iu Vitamin A (bersamaan dengan 1.5 cawan tembikai susu)
2. 60mg Vitamin C (6 oz jus oren)
3. 400iu Vitamin D ( 3 gelas susu)
4. 44mg asid Folic (4 cawan brokoli yang dimasak)
5. 200mg Kalsium (untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat)
6. 40mg magnesium, 5mg zinc(3 cawan ginjal yang dimasak)

Keistimewaan Vitalea for Kids
  • tidak mengandungi pewarna, perisa dan pemanis tambahan
  • mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang bertindak melindungi gigi dari kaviti.
  • perisa anggur yang sangat sedap

Fungsi Vitalea for Kids
  1. melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian
  2. meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  5. mnyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  6. membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  7. mengkalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  8. mencegah penyakit beguk (tiroid)
  9. meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mngelakkan anemia atau merawat anemia
  10. membantu memulihkan selera makan
  11. melancarkan proses pencernaan
  12. membantu meningkatkan kecerdasan minda
  13. membantu menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  14. membantu penyerapan zat daripada makanan
  15. membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak
  16. mengandungi kalsium, magnesium untuk menyokong kesihatan tulang.
Add on Mealshake dan Vitamin C 

chewable sekali untuk anak

 anda...!!!

Sharing Kisah Paku dan Dinding


Disebabkan kisah paku dan dinding turut mengetuk kekerasan hati saya...jadi saya pun share knowledge ni untuk awak semua...sebagai makanan rohani dalam diri kita...

Jom muhasabah diri kita ye awak semua...

Al kisah., Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya...tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu...

Tamat kisahnya...

Kisah yang hanya melibatkan paku dan dinding...cukup memberikan pengertian dalam kita menempuh kehidupan seharian...

Jadi...kepada awak semua...Maafkan saya sekiranya saya pernah mengetuk atau memaku awak sehingga meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati awak.. Sama ada secara sengaja ataupun tidak. 

Sharekan cerita ini dengan sahabat dan saudara anda mana tahu dalam tidak sedar kita ada melukai mereka...

Credit to MIA...semoga dimurahkan rezeki selalu.. <3